Wednesday, April 21, 2010

KEMENANGAN P. KAMALANATHAN AKAN MENYEBABKAN KEJATUHAN NAJIB DAN BN

MUNGKIN pada sesetengah orang, Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hanya satu lagi episod pilihan raya kecil yang biasa-biasa sahaja. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Walhal, sebenarnya natijah, akibat atau kesan daripada keputusan yang bakal dicapai sebenarnya adalah lebih besar dan jauh bermakna daripada angka yang tercipta hasil PRK tersebut.


Dengan mengambil kira komposisi kaum dan strategi parti lawan yang meletak calon yang berprofil tinggi, kita patut melihat ada percaturan besar di sebalik pilihan raya kecil itu. Tentu agendanya juga sangat besar kerana impak itu akan turut mewarnai pilihan raya yang lebih besar yang akan tiba dalam tempoh terdekat ini.


Sekiranya ini gagal ditafsir, dibaca dan diteliti oleh parti pemerintah dan hanya mendengar desakan dari parti komponen semata-mata, dikhuatiri kita bakal terjerumus ke dalam tragedi yang parah dan sukar untuk dipulihkan kembali.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Teluk Kemang bukan boleh disandarkan semata-mata dengan momokan sinis bahawa kepercayaan rakyat telah pulih. Ini kerana kredibiliti calon di pilihan raya berkenaan adalah berbeza dengan calon di Hulu Selangor. Itu sudah tidak boleh dijadikan analogi mudah lagi.


Perbandingan paling mudah kalau mahu dijadikan kayu pengukur adalah pilihan raya di Bukit Selambau, Sungai Petani. Itu adalah yang terbaik sekiranya mahu dijadikan perkiraan. Ini kerana situasi dan komposisi latar adalah lebih mirip. Maka bertitik tolak daripada perkiraan itu, sesiapa yang ingin kemenangan mesti memberi fokus terhadap kelemahan-kelemahan sewaktu menangani isu pilihan raya di sana.


Impak kekecewaan pengundi tidak boleh diambil mudah dengan hanya meniup slogan-slogan 1Malaysia. Kita juga tidak lagi boleh memaksa pengorbanan demi pengorbanan atas dasar setiakawan kerana setiakawan apakah yang pernah diperoleh oleh kumpulan majoriti diam selama ini?


Apakah yang didapati oleh Kaum Melayu yang merupakan pengundi majoriti disitu? Apakah yang didapati oleh kaum Cina yang merupakan kelompok kaum pengundi yang terbesar disitu? Adakah dengan keadaan senario terkini dan komposisi sedemikian membenarkan BN membuat kesilapan memilih calun dari etnik yang terkecil untuk mewakilinya?


Persoalan-persoalan yang sebeginilah yang harus dijawab dan diambil kira dalam pemilihan calun untuk mewakili BN. Sekiranya tidak, maka BN akan menerima hukuman yang berat dan impaknya cukup besar terutamanya kepada NAJIB SENDIRI DAN Muhyiddin juga mungkin sedikit terkena tempiasnya.


Mungkin tempiasnya mempercepatkan Muhyiddin menaikki singgahsana PM ataupun turut hanyut ditelan arus penentangan oleh ahli-ahli UMNO sendiri dan oleh rakyat secara keseluruhannya! Hanya masa yang akan menunjukkan kepada kita kesan sebenar dari pemilihan calun BN dalam PRK Hulu Selangor kali ini.


Adakah BN dah lupa yang pengundi Hulu selangor telahpun menolak calun dari MIC pada pilihanraya yang lepas? Bukankah sekiranya calun itu datang dari IPF , PPP atau Makkal Sakhti, ianya dapat memberikan impak yang lebih baik berbanding dengan calun MIC? Itupun sekiranya BN tetap ingin mempertaruhkan calun dari keturunan India di kawasan itu.


BN seharusnya tahu dan sedar bahawa kumpulan penentu kemenangan di kawasan ini tidak boleh dipastikan. Kaum mana yang harus diberi keutamaan tidak dapat dipastikan tetapi yang jelasnya tertumpu kepada kaum Melayu dan orang-orang Cina kerana mereka membentuk komposisi pengundi melebihi 80 peratus.


Ingatlah dalam keadaan tidak menentu, sokongan setiap kaum diandaikan berada pada tahap 50-50, maka "LAW OF LARGE NUMBERS APPLY AND IS THE BEST POLICY".


Di sini undi bulat atau pun undi padu yang sepenuhnya untuk BN tidaklah sekuat mana, pengundi angkatan tentera dan polis tidak seramai mana. Sebaliknya pula undi padu yang dijangka tidak memihak kepada BN, di Bandar Proton terdapat lebih daripada 2,500 pengundi yang berasal dari negeri Kelantan berdaftar. Bukan itu juga undi dari pengundi-pengundi yang berasal dari perak dan Kedah. Cukup menggerunkan! Tetapi kemenangan calun PKR dapat menyelamatkan najib dari ditimpa malapetaka!


Kita juga patut tahu,paling ditakuti, malah perlu digeruni bahawa percaturan yang salah bakal menghantar signal yang silap sehingga rakyat menganggap suara mereka tidak berharga atau dihargai kerajaan lagi. Kata-kata bahawa pendapat akar umbi akan diambil kira hanyalah satu retorik semata-mata, sedap didengar tetapi tidak bukannya dilaksanakan. Akhirnya mereka, rakyat semua sama ada dari UMNO atau pun bukan UMNO, orang-orang melayu, dan juga bukan melayu kesemuanya akan berpaling tadah untuk mencari satu wadah perjuangan baru yang mana mereka rasakan suara mereka, permintaan mereka, keluhan mereka didengar dan diberi perhatian.


Contohnya permintaan dari akar umbi UMNO sendiri yang minta wakil UMNO dipilih sebagai calun sepatutnya janganlah dipandang remeh, dipandang rendah dan tidak dihargai oleh pucuk pimpinan BN yang sememangnya diketuai pucuk pimpinan UMNO sendiri. Impaknya amat-amatlah besar, kerana ianya memberi signal atau isyarat kepada ahli-ahli UMNO diseluruh negara, menyebabkan ahli-ahli UMNO seluruh negara hilang kepercayaan kepada UMNO!


Bayangkan. Bayangkan jika ahli-ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO. Apa akan jadi? Ingatlah tuntutan yang dibuat baru-baru ini bukan hanya melibatkan ahli-ahli biasa UMNO tetapi terdiri dari ahli-ahli jawatankuasa cawangan, jawatan kuasa bahagian, naib ketua bahagian, bekas ketua bahagian UMNO dan sebagainya.

Jika permintaan mereka, orang kuat Umno sendiri ditolak, apa lagi harapan ahli-ahli UMNO diseluruh negara terhadap Najib dan Muhyiddin! marilah kita sama-sama lihat sama ada ahli-ahli UMNO Hulu Selangor ini yang terdiri dari ahli-ahli jawatankuasa cawangan, jawatan kuasa bahagian, naib ketua bahagian, bekas ketua bahagian UMNO dan sebagainya, akur sepenuhnya dengan keputusan Najib memilih P. Kamalanathan sebagai calun BN.


JIKA P. Kamalanathan kalah dalam PRK ini maka terselamatlah kerjaya politik Najib dan beliau akan disanjung sebagai wira!. TETAPI jika P. Kamalanathan menang, ianya hanya akan menimbulkan rasa ketidak puasan yang terhingga kepada semua ahli UMNo bukan sahaja di Hulu Selangor tetapi di seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan yang secara tradisinya meletakkan calun MIC disitu.


Jika P. Kamalanathan menang, Ahli-ahli UMno disitu pastinya tidak sabar-sabar meninggalkan UMNo kerana mereka tahu ahli-ahli UMNO di kawasan tidak berpeluang untuk jadi calun BN disitu. jadi tunggu apa lagi. Chaolah jauh-jauh.Tinggalkan UMNO yang menafikan hak orang-orang UMNo bertanding disitu. nak tunggu buat apa lagi.


BN bukannya kuat lagi, apatah lagi tanpa sokongan dari ahli-ahli jawatankuasa cawangan, jawatan kuasa bahagian, naib ketua bahagian, bekas ketua bahagian UMNO dan sebagainya yang telahpun meninggalkan UMNO itu, pastinya gerakan saraf untuk memenangi hati pengundi Melayu kawasan berkenaan akan lemah. dan akan bertambah lemah kerana parti-parti pakatan rakyat akan memainkan isu yang orang-orang melayu dipermainkan dan diperalatkan untuk memenangkan MIC selama ini.


Jadi jelaslah pemilihan P. kamalanathan itu merupakan satu kesilapan besar yang dibuat oleh Najib yang akan menyebabkannya tersingkir dan disingkirkan dari jawatan presiden UMNo dan Muhyiddin akan mengambil alih.


Mungkin Muhyiddin masih boleh terselamat sekiranya beliau mengambil tindakan segera memperkukuhklan kedudukannya dalam UMNo dan BN tetapi jika terlambat, maka kedua-duanya akan ditolak oleh ahli-ahli UMNO diseluruh negara. Masa itu sudah terlambat untuk kedua-dua pemimpin ini menyelamatkan diri mereka.


Begitu juga, dengan kelompok-kelompok komomuniti keturunan India yang lebih kecil dalam parti-parti MUIP, IPF, Kimma, dan sebagainya akan turut meninggalkan BN dengan kemenagan P.Kamalanathan itu. Buat apa lagi mereka tunggu bersama dengan BN kerana tiada harapan pun untuk ahli parti-parti itu terpilih dan dipilih sebagai calun.


Seterusnya parti-parti yang dah establish pun pun cabut keluar dari BN. Sememangnya terdapat ura-ura parti-parti Gerakan, PPP dan beberapa parti lagi akan keluar dari BN kerana tidak mempunyai masa depan selagi bersama-sama dengan parti-parti UMNO, MCA dan MIC.


Parti-parti berkenaan kalah bukan kerana rakyat menolak parti itu secara total seperti yang berlaku terhadap parti-parti UMNO, MCA dan MIC, tetapi kerana gandingan bersama parti-parti perikatan itu yang melemahkan parti-parti ini. TUNGGULAH KEMENANGAN P. KAMALANATHAN AKAN MENYEBABKAN KEJATUHAN NAJIB DAN BN!


Ingatlah, keputusan pilihan raya kecil tidak semestinya membawa riak yang kecil dan impak tidak seberapa. Tetapi, rentetan riak-riak kecil ini akan bersatu menjadi gelombang besar kekecewaan yang akhirnya menggulung menjadi tsunami besar terakhir yang akan memusnahkan legenda yang pernah BN cipta.


Ingat sebelum kena dan berjimat sebelum habis. Perhatikan pepatah ini supaya kita masih boleh mewariskan negara tercinta kepada generasi akan datang dengan megah dan bangganya dan bukan dikutuk sebagai pengkhianat yang memusnahkan peradaban selama lebih separuh abad.





No comments:

Post a Comment