Friday, April 23, 2010

HADIAH MENANTI UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI HULU SELANGOR!

Apakah hadiah yang sedang menanti untuk pengundi-pengundi Hulu Selangor tu? Ianya tidak lain ialah kenaikan harga minyak dijangka pada 1 hb Mei 2010 nanti. Harga minyak dikatakan akan ditetapkan pada paras RM3.80 seliter.

Inilah hadiah yang akan dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia dibawah kendalian BN bukan sahaja kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor tetapi untuk semua rakyat seluruh Malaysia selaras dengan konsep "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan konsep "Satu Malaysia dibawah BN".


Oleh itu jika anda pengundi-pengundi Hulu Selangor bersetuju dengan kenaikkan harga minyak keparas RM3.80 se liter tu, pangkahlah BN, undilah BN tetapi jika anda tidak bersetuju, anda memprotes kenaikan itu, undilah Pakatan Rakyat, sokonglah Pakatan Rakyat sebagai petanda anda sama-sama berjuang menentang penindasan BN terhadap rakyat melalui slogan karut BN "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu.

Nota: Tetapi bagaimana oleh kerana PRK parlimen Sibu telah menyebabkan BN kalah, maka adalah besar kemungkinan harga minyak ini tidak dinaikkan kerana BN tidak mendapat mandat rakyat untuk menaikkan harga minya itu. Tetapi sekiranya BN menang maka pastinya harga minyak naik seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan kepada Malaysian Petroleum Dealers Association.

hai, nasib baiklah BN kalah di Sibu, kalau tidak teruklah kita.
Nasib baiklah kerana rakyat Sibu tidak menyokong kenaikan harga.


No comments:

Post a Comment